My Follower

Thursday, January 6, 2011

Finalis Pencarian Kacak Bergaya 2010/2011

Sejak empat tahun lalu anak muda dari Lahore, Pakistan ini bekerja di Malaysia. Sekarang beliau bekerja di bahagian pentadbiran sebuah akademi fesyen. Semasa bekerja Khurram Shahzad atau lebih mesra dipanggil Shah  terdedah dengan dunia fesyen.

Sebab itu beliau memberanikan diri mangambil pengajian di akademi tempat beliau bekerja, International academy of Fashion and Design (IFTC) milik pereka Annie Wong.
Shahzad cintakan Malaysia


"Saya baru beberapa minggu belajar. Projek pertama saya ialah membuat skirt. Saya sendiri rasa tak percaya yang saya boleh melakukannya.

"Saya tak pernah menjahit sebelum ini, tapi ilmu di sini membuatkan saya boleh membuat rekaan, memotong kain dan menjahitnya sendiri.

"Saya boleh menyiapkannya dalam masa empat jam. Ia sangat memberangsangkan bagi saya yang tak ada asas fesyen ini.

"Apabila melihat hasilnya, saya menjadi lebih berminat dan bersemangat. Saya memang mahu menjadi pereka terkenal suatu hari nanti," kata Shahzad.

Apatah lagi apabila melihat banyak pereka terkenal di Malaysia hari ini pernah mendapat didikan daripada kolej yang sama.

MAHU BERTAPAK DALAM BIDANG FESYEN DI MALAYSIA.
"Saya juga sudah jatuh cinta dengan Malaysia dan bersedia untuk terus tinggal di negara ini kalau ada peluang.

"Saya mengambil kursus selama setahun sahaja, sebab saya sudah ada pengalaman bekerja dalam bidang fesyen," katanya lagi.

Minati peragaan
Shahzad juga meminati peragaan dan menyimpan hasrat untuk menjadi model sekiranya ada peluang.

"Dulu pernah juga buat fotografi fesyen untuk majalah, tapi saya tak teruskan. Sekarang teringin menyambung semula.

"Penyertaan saya dalam ruangan Kacak Bergaya ini pun sebenarnya diuruskan oleh kawan saya.

"Semasa mahu menghantar saya ke lapangan terbang, kami singgah bergambar di Putrajaya. Kawan saya yang tolong  menghantar resume saya kepada Pancaindera

Sementara itu Shahzad juga seorang yang  aktif bersukan dan amat meminati sukan kriket.

"Saya bermain kriket sejak berusia 10 tahun lagi. Saya berhenti bermain sejak datang ke Malaysia.

KALAU ADA PELUANG SHAH MAHU BERLAKON.
"Kalau ada peluang, saya masih berminat untuk bermain kriket di sini," jelasnya lagi.


BIODATA
Nama penuh: Khurram Shahzad
Nama panggilan: Shah
Tarikh lahir: 20 Januari 1984
Asal: Lahore, Pakistan
Tinggi: 186sm
Berat: 70kg
Pekerjaan: petugas  akademi fesyen dan pelajar
Hobi: membaca, membeli-belah
Emel: shah.zali2010@gmail.com
Oleh: ROSLI MANAH
kacakbergaya2011@gmail.com)
Foto: Tengku Fakruddin
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 10 Ogos 2010 15:42 )

No comments:

Post a Comment