My Follower

Wednesday, January 5, 2011

Finalis Pencarian Kacak Bergaya 2010/2011

Syed Yasir mula ada peminat

Sejak wajah dan kisahnya dimuatkan dalam Pancaindera minggu lalu, calon Pencarian Kacak Bergaya 2011, Syed Mohd. Yasir mula mendapat perhatian. Malah ramai yang meminta menjadi kawan dalam rangkaian sosial facebook.
"Rasa tak percaya pun ada bila mendapat sambutan macam itu," kata Yasir kepada Mangga Online. Nampaknya Yasir sudah ada peminat sebelum pertandingan bermula.



YASIR INGIN BERJAYA DALAM BIDANG SENI.
Yasir menyertai pertandingan itu tanpa dirancang. Entah macam mana awal tahun ini tiba-tiba timbul keinginan dalam hatinya untuk menceburi bidang peragaan.

Apatah lagi dia melihat peluang yang diperolehi oleh remaja yang sama-sama berminat dalam peragaan menerusi siri pencarian wajah baru termasuk Pencarian Kacak Bergaya.

Yasir kini sedang belajar dalam jurusan kejuruteraan di sebuah universiti di Melaka tergerak mencuba nasib dalam peragaan sekadar mencuba nasib.


SI KACAK YANG BIJAK
Selain menerusi usaha Pancaindera, dia juga pernah menyertai beberapa pencarian bakat baru anjuran pihak lain termasuk Top Model Search 2010 di Melaka baru-baru ini. Dalam pertandingan itu dia terpilih ke peringkat separuh akhir.

"Saya masih belajar, jadi saya rasa boleh meluangkan masa untuk peragaan. Kalau nak cuba nasib jadi pelakon tu, payahlah sebab terikat dengan pengajian.

"Kalau sudah tamat belajar nanti teringin juga mencuba nasib jadi pelakon," kata Yasir yang sangat gigih ke gimnasium untuk membina susuk badan yang menarik.

Melihat susuk badannya bagaikan sudah lama aktif ke gimnasium. Sebenarnya baru sekitar tiga bulan Yasir mula berjinak-jinak dengan gimnasium.

"Bila saya mula membuat keputusan untuk menceburi bidang peragaan, saya mula aktif ke gimnasium kerana saya tahu memiliki susuk badan yang menarik juga salah satu kreteria yang diperlukan.

"Saya memang komited dengan gimnasium dan banyak menghabiskan masa di gimnasium selepas habis kuliah. Pantang ada masa luang saya akan ke gimnasium.

"Saya juga ada mengambil pemakanan tambahan untuk mempercepatkan proses pembentukan otot-otot badan," kata anak muda yang murah dengan senyuman itu lagi.

Apatah lagi dia seorang yang aktif dalam sukan sejak zaman persekolahan. Sukan pilihannya ialah badminton. Sehingga sekarang dia masih aktif bermain badminton sebagai aktiviti riadah.

Menyentuh pengajiannya, Yasir memilih jurusan kejuruteraan pengeluaran. Kalau tamat belajar nanti bidang perkilangannya yang menjadi sasaran.


MAHU TUMPU PELAJARAN DULU
"Saya belajar jurusan advanced machining study contohnya CNC (Computer Numerical Control), industrial automation, pengurusan projek,3D digitizer dan lain-lain. Bidang saya menjurus kepada peralatan mesin.

"Ia selari dengan minat saya terhadap gajet berteknologi, saya ni jenis yang sukakan gajet terutamanya telefon bimbit berteknologi tinggi.

"Ia memudahkan komonikasi apabila telefon bimbit kita menyediakan kemudahan internet," katanya lagi.

Yasir sudah memiliki diploma dalam bidang kejuteraan di Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim dan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan tawaran biasiswa.

"Alhamdulillah keputusan saya baik semasa peringkat diploma dan saya dapat biasiswa untuk pengajian sekarang. Jadi beban keluarga saya kuranglah sikit.

"Apatah lagi mereka yang sedang melunaskan bayaran balik pinjaman pengajian saya semasa di peringkat diploma dulu," katanya.

BIODATA


FOTO DARI FACEBOOK











Nama penuh: Syed Mohd. Yasir Syed Jamaludin
Nama panggilan: Syed
Tarikh lahir: 8 Mac 1986
Asal: Ipoh, Perak
Tinggi: 173sm
Berat: 67kg
Pekerjaan: Pelajar universiti
Bidang pengajian: Kejuruteraan Pengeluaran
Hobi: gimnasum
E-mel: on_silly@yahoo.com

No comments:

Post a Comment